Friday 26 January 2018


PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824



Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai Persetiaan London ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824 . Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.

Syarat-syarat Perjanjian
Antara syarat penting isi perjanjian ini ialah :-
Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura
  • Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.
  • Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu ialah tanggungjawab kedua-dua belah pihak iaitu British&Belanda.
  •  Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
  • Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan-kesan Perjanjian Inggeris-Belanda
  •  Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda .
  •  Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
  •  Persaingan kuasa antara Belanda dengan British semakin sengit.



Negeri-Negeri Selat (NNS)



  • Penguasaan British di Tanah Melayu bermula dengan penempatan British di Pulau Pinang (11 Ogos 1786) dan Singapura (6 Feb 1819).
  • British mempunyai tanah jajahan yang ketiga setelah Belanda menyerahkan Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (17 Mac 1824).
  • Ketiga-tiga tanah jajahan tersebut diletakkan dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai NNS pada tahun 1826.
  • Pada tahun 1832, pusat pentadbiran NNS di Pulau Pinang dipindahkan ke Singapura dan ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di Calcutta, India.
  • Pentadbiran di Melaka dan Pulau Pinang pula diketuai oleh seorang Residen Kaunselor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral NNS di Singapura.
  • Pada 1 April 1867 pentadbiran NNS dipindahkan secara rasmi dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

PERLUASAN KUASA
  • Sejak penubuhan NNS, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.Antara faktornya adalah:
1.     British menghadapi dahagi (penentangan terhadap pemerintah) di India.
2.    Bimbang timbulnya konflik dengan Siam yang mendakwa negeri-negeri Melayu di utara adalah dibawah naungan 
3.    British mempertahankan prinsip berkecuali yang dipersetujui dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
4.    Campur tangan akan meningkatkan kos sekiranya berlaku peperangan.
5.     Akta Pitt yang diluluskan di India melarang pegawai Bristih untuk campur tangan.



  • Namun, British terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutamanya apabila berasa terancam daripada kepentingan perdagangan sebelum tahun 1874. Antara peristiwanya adalah : 
1.     Perebutan takhta Kesultanan Johor antara Tengku Hussain dengan adiknya Tengku Abdul Rahman. 
2.    Penentangan Penghulu Naning, iaitu Dol Said terhadap cukai 1/10 daripada hasil tanaman yang dikenakan oleh British.
3.    Perjanjian Burney ditandatangani antara pihak British dengan Siam pada 20 Jun 1826 yang membenarkan para pedagang British menjalankan urusannya di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu tanpa ancaman Siam.
4.    Kapal perang British membedil kubu pertahanan di Kuala Terengganu pada 4 November 1862 bagi menyekat kemaraan Siam di Terengganu dan Pahang yang mengancam kepentingan British. 
  • Selepas perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, British mula campur tangan secara langsung pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu. Antara sebabnya adalah:
  1. Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik.
  2. Kekayaan hasil bumi di Negeri-Negeri Melayu terutamanya bijih timah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta emas di Pahang.
  3. Bimbang campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Italy, Rusia dan Belanda.
  4. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1899 yang memendekkan perjalanan dari Britain ke Tanah Melayu
  5. Perubahan politik dan dasar kerajaan Britain.
  6. Desakan golongan pedagang di NNS supaya British campur tangan untuk perbalahan dalam kalangan pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Cina dan kegiatan lanun di Selat Melaka.

SISTEM RESIDEN
  • Sistem residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor pada 20 JANUARI 1874. Jawatan residen ialah 1 strategi British untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Ini adalah untuk memastikan bahawa usaha memonopoli hasil dagangan di Tanah Melayu.
  • Sistem Residen membolehkan British lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam semua aspek, terutamanya dalan sistem pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung belanja tambahan.
  • Pada awalnya, kemasukan residen di Tanah Melayu adalah untuk membantu sultan mahupun raja serta pembesar mewujudkan keamanan.
  • Apabila diperincikan, sitem residen ini hanya adalah untuk menguntungkan pihak mereka sahaja. Mereka hanya perlu bijak mengatur kata dan kebijaksanaan tanpa mengharapkan terlalu banyak bantuan dari pihak British.
  • Antara perubahan yang berlaku disebabkan perlaksanaan sistem residen adalah sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka. Pungutan cukai diambil alih oleh British dan banyak lagi.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)


  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.

  • Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. Walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini
  • Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi.



FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
  1. Kedudukan Negeri Pahang
  2. Kawalan kuasa residen
  3. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran
  4. Faktor keselamatan
  5. Faktor ekonomi
  6. Memperluaskan sistem perhubungan
  7. Dasar kerajaan Inggeris


NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)


  •  Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor.
  •  Gabungan ini terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.Mengikut perjanjian ini, empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan  kuasa Siam, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British. Dengan penyerahan ini, Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
  • Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  •  Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
  •  Berbanding NNMB, raja Melayu di NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa Residen di NNMB. Pentadbiran NNMTB yang berasingan dengan NNMB berterusan sehingga Perang Dunia Kedua meletus. British didapati gagal untuk menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.
  • Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.
  • Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik  dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campur tangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

KESIMPULAN
  • Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutamanya dari aspek politik,ekonomi dan sosial. Ketiga-tiga  aspek tersebut mengalami perubahan yang sangat mendadak kepada Tanah Melayu menjadi negeri jajahan yang memberikan keuntungan kepada pihak British. Kesan yang paling ketara sehingga kini ialah dengan wujudnya masyarakat majmuk yang berbilang kaum . Malah, kaum Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu oleh British sebagai tenaga kerja untuk mengeksploitasi ekonomi pihak British. Pola penempatan mengikut kaum yang diwujudkan semasa penjajahan British juga masih kekal sehingga ke hari ini. Berdasarkan sistem pentadbiran British terdahulu, kerajaan Malaysia kini terus berjaya membentuk Negara Malaysia yang maju,aman dan makmur.


·      

1 comment: